Kenyataan perkauman Ahmad Ismail

Kontroversi kenyataan perkauman Ahmad Ismail ialah berhubung tafsiran sejarah beliau berhubung rakyat Malaysia keturunan Cina. Orang Cina tidak dapat menerimanya dan bantahan dikemukakan melalui parti Gerakan dan MCA. Datuk Ahmad Ismail mentafsirkan bahawa masyarakat Cina kini masih berstatus pendatang yang tidak wajar diberi hak yang sama dengan orang Melayu dan Bumiputera yang lain. Ucapan itu disampaikan pada 23 Ogos 2008 di Permatang Pauh, Pulau Pinang ketika berkempen bagi Datuk Arif Shah Omar Shah yang menentang Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Untuk memurnikan ucapan itu, beliau menyatakan ucapannya berhubung sejarah masa lalu di mana Kapten Francis Light 1786 membawa pendatang dari selatan China untuk bekerja di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Bagi menyejukkan suasana, beliau mendakwa mempunyai ramai rakan taulan Cina dan India sejak kecil hinggalah menjadi pemimpin UMNO Bahagian Bukit Bendera. Malahan selaku ketua Bahagian UMNO, beliau telah berkempen di kalangan orang Melayu sepedrti di Tanjung Tokong agar mengundi calon Gerakan dan MCA seperti Tan Sri Koh Tsu Koon, Dr Teng Hock Nan, Chia Kwang Chai, Albert Mah dan lain-lain. Jadi soal beliau seorang yang bersifat perkauman tidak timbul.Baginya, ucapan beliau bersandarkan sejarah. Sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah. Tetapi bagi masyarakat Cina, fakta ini tidak wajar diungkit-ungkit dan dimomokkan serta sampai bila mereka ditafsir sebagai warganegara kelas kedua.Secara penuh ironi, Ahmad Ismail sebenarnya ialah cucu kepada pasangan India yang berhijrah ke Pulau Pinang pada sekitar peralihan abad ke-20.[1] Itu juga tetap sejarah yang tidak boleh diubah. Jika keluarganya bukan beragama Islam, maka dia sebenarnya merupakan orang India Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Kenyataan perkauman Ahmad Ismail http://kudaranggi.blogspot.com/2008/09/antara-pend... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Penda... http://www.klpos.com/news/2008/09/05/9.html http://www.malaysiakini.com/doc/ahmad_ismail_stm_2... http://www.malaysiakini.com/news/89438 http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms... http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms...